Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Satu Mata Untuk Juarai Liga Perdana, Cheng Hoe Tidak Rela Kecewa

Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe tidak rela berputih mata apatah lagi pasukannya ketika ini di kedudukan terbaik untuk mengecapi gelaran Liga Perdana.

Kemenangan ke atas Sabah merupakan yang ke-13 buat skuad Lang Merah musim ini, sekaligus menyaksikan mereka kekal dengan kelebihan tiga mata di depan T-Team serta Pulau Pinang dengan berbaki satu lagi perlawanan.

DRB-Hicom menjadi tentangan terakhir buat Kedah, Jumaat ini dan Cheng Hoe harapkan misi sekurang-kurangnya raih satu mata dapat dilaksanakan.

“Kita perlu dapatkan keputusan yang positif sekurang-kurangnya satu mata untuk kita layak menjadi juara Liga Perdana.  Saya harap pemain-pemain terus menunjukkan keyakinan apabila kita bertandang ke Bukit Jalil nanti,” katanya.

VIDEO Kedah tewaskan Sabah dan sambutan sejurus selepas perlawanan tamat

Sementara itu, jurulatih Sabah, Mike Mulvey akur pasukannya kurang bernasib baik dalam pertemuan menentang Kedah.

Faktor kepenatan menjadi salah satu punca kerana ini merupakan perlawanan ketiga berturut-turut Sabah di tempat lawan.

Prestasi kurang konsisten turut mengundang kecaman daripada pelbagai pihak namun Mulvey optimis mampu tamatkan musim dengan kemenangan ke atas JDT II di Likas, Jumaat ini.

“Kita akan bangkit laman sendiri nanti, kita akan beri segala-galanya hingga akhir. Kita tidak akan berputus asa,” katanya.

,