Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Gambar: Rozaimi Parah Akibat Kemalangan

Pemain Bola sepak Sabah, Mohd Rozaimi Abdul Rahman dan rakannya Mohd Faris dilaporkan cedera parah selepas kereta Honda Civic dinaikinya terbabas dan merempuh pokok di Batu 3.5 Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalu pada jam 1.40 tengah hari tadi. 

Kecederaan yang begitu teruk menyebabkan mereka dimasukkan ke Unit Rawatan rapi (ICU).

Rozaimi pemain bolasepak Sabah pernah mewakili negara dibawah kendalian Ong Kim Swee bagi perlawanan persahabatan menentang Chelsea pada 2011. Beliau merupakan pemain yang menyinar ketika bersama skuad bawah 23 tahun negara.

Selain mewakili Sukma dan Piala Presiden untuk Sabah, beliau menyinar ketika mewakili skuad Ong Kim Swee pada kelayakan 2013 AFC U-22 Asian Cup sehinggakan menarik minat kelab utama dari Thailand dan Liga Australia untuk mendapatkannya.

Baca: Tero Sasana Tetap Mahukan Rozaimi

, ,