Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemandu Teksi Di China Cuba Bunuh Diri Beramai-Ramai

More than 30 drivers attempted to commit suicide after drinking bottles of chemicals. They were taken to hospital soon after and none was seriously injured China – Sekumpulan 30 pemandu teksi tidak sedarkan diri dengan mulut berbuih dalam cubaan bunuh diri beramai-ramai di luar sebuah pasar raya selepas mereka meminum bahan kimia.

Kejadian itu merupakan sebahagian daripada protes anti kerajaan bagi membantah pembaharuan terhadap peraturan pajakan teksi.

Mereka dibawa ke hospital namun tidak ada yang mengalami kecederaan serius.


Kesemua mereka merupakan pemandu teksi yang berasal dari wilayah Heilongjiang, yang terletak di sempadan Rusia.

Menurut salah seorang daripada pemandu berkenaan, mereka tiba di Beijing dengan menaiki keretapi pada Isnin lalu dan memutuskan untuk mengambil tindakan drastik berkenaan selepas aduan mereka tidak dilayan.

“Kami menghantar surat dan menghubungi Kementerian Pengangkutan namun tidak dipedulikan,’’ katanya.

Protes yang membawa kepada kematian sering berlaku di China – MYNEWSHUB.CC