Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Pemain Muda Kelab England Jalani Percubaan Bersama JDT

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sedang menguji pemain muda pertahanan Tonbridge Angels FC dari England, Ben King, untuk disenaraikan dalam pasukan Johor Darul Takzim.

PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu, pemain yang ibunya berasal dari Melaka tersebut sedang menjalani latihan percubaan selama dua minggu sebelum jurulatih membuat keputusan mengenai dirinya.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Ben King dan semoga beliau berjaya menambat hati ketua jurulatih Bojan Hodak dan seterusnya disenaraikan dalan skuad utama pasukan JDT,” kata kenyataan itu hari ini.


PBNJ dalam pada itu memaklumkan pemain muda berpengalaman beraksi dengan kelab luar negara, Sean Gan Giannelli, 18, akan menyarung jersi JDTIV pada musim depan.

Menurut kenyataan itu, bapa pemain tersebut berasal dari Itali manakala ibunya berasal dari Negeri Sembilan tetapi dia dilahirkan di Kuala Lumpur.

“Beliau pernah bermain untuk Atletico Arrezo, sebuah kelab bola sepak di Itali ketika berusia 15 tahun dan kembali ke Malaysia pada usia 17 tahun untuk bermain di ATM (Piala Belia).


“Kini beliau memilih untuk bersama pasukan JDTIV untuk mengharungi cabaran dalam Piala Presiden musim 2015,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

,