Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Syria Benam Malaysia, Perancangan Dollah Tidak Menjadi

Harimau MalayaPerancangan Dollah Salleh tidak menjadi dalam perlawanan persahabatan menentang Syria malam ini apabila tewas kepada pasukan itu 3-0.

Syria jelas memiliki kelebihan kepantasan, kualiti hantaran, kawalan bola serta taktikal sehinggakan mereka banyak menguasai bola selain kerap kali melakukan serangan yang merbahaya kearah gawang Malaysia.


Malaysia 0-3 Syria: Tigers trounced at home by visitorsSebaik wisel pertama dibunyikan, Syria sudah membuktikan mereka bermain lebih baik dan gol pertama dapat dihasilkan seawal minit ke 4, menerusi rembatan jauh Nadim Sabag yang tertampan pertahanan negara, sekaligus mengelirukan Farizal Marlias.

Harimau Malaya cuba menunjukkan kesegeraan dalam mencari gol penyamaan, namun ia sering kali mudah dipatahkan oleh pertahanan Syria.

Bersambung babak kedua, Syria terus melancarkan serangan dan jelas menampakkan mereka masih belum puas dengan satu gol.


Setelah Syria mengambil sepakan sudut, gawang Malaysia berada dalam keadaan kelam kabut, sebelum Sanharib Malki muncul menyumpurnakan jaringan di minit ke-48. Malaysia dilihat tidak mampu membuat apa-apa terhadap kemaraan pemain Syria.

Di minit ke-66, Syria melengkapkan kemenangan 3-0 hasil sentuhan Omar Khirbin, biarpun jaringan tersebut menjadi kontroversi apabila bola hantaran rakan terlebih dahulu dilihat terkeluar dari garisan. -stadiumastro

Video Highlight (Facebook)

,