Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Skuad Muda Thailand Malukan Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya memilih laluan sukar selepas tewas kepada Thailand 3-2 pada aksi kedua kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar.

Malaysia bermula agak baik dengan mendahului perlawanan 1-0 hasil jaringan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-28. Namun, tiga minit sebelum wisel rehat dibunyikan, Thailand berjaya menyamakan kedudukan hasil Adisak Kraisorn di mnint ke 42.

Bermula babak kedua, anak buah Dollah Salleh seolah-olah mendapat suntikan semangat selepas jaringan Safiq Rahim di minit ke-60 apabila pemain tengah Johor Darul Takzim itu berjaya melepaskan diri sebelum melakukan rembatan rendah.

Malaysia gagal mengekalkan kedudukan itu apabila Thailand sekali lagi menyamakan kedudukan hasil rembatan deras Yannic Chappuis yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Di penghujung perlawanan, harapan Malaysia untuk mencari kemenangan pertama dalam kejohanan ini musnah apabila Adisak Kraisorn menyempurnakan kemenangan Thailand di minit ke-90.


Embedded image permalinkKekalahan itu memaksa Malaysia berada di kedudukan ketiga dengan memiliki 1 mata, berkongsi mata dengan Myanmar yang berada di kedudukan terbawah, selepas skuad itu tewas kepada Singapura 4-2 dalam perlawanan yang turut berlangsung pada hari ini.

Singapura meraih jaringan menerusi Shaiful Esah (m16, m76) dan Haris Harun (m35,42), manakala Myanmar memperoleh gol hasil jaringan Kyaw Zayar Win (m55) dan Kyaw Ko Ko menerusi sepakan penalti di minit ke-62.

Sementara Thailand yang sebelum ini turut menewaskan Singapura 2-1, sudah menjamin tempatnya di peringkat separuh akhir dengan menguasai kumpulan B, selepas mengumpul 6 mata.

PENJARING:

Malaysia: Mohd Amri Yahyah (28′), Safiq Rahim (60′)

Thailand: Adisak Kraisorn (42′ dan 90′), Charyl Yannic Chappuis (72′), Barisan Pemain:

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Afif Amiruddin, Mahalli Jasuli, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, Muhammad Shukor Adan (kapten)(Mohd Hafiz Kamal), S. Kunanlan (Indra Putra Mahayuddin), Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali.


THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Kroekrit Thawikan, Sarach Yooyen, Charyl Yannic Chappuis, Kirati Keawsombut (Adisak Kraisorn), Narubadin Weerawatnodom, Sarawut Masuk (Chainarong Tatong)(Prakit Deeprom), Anucha Kitpongsri (kapten), Adison Promrak, Tanaboon Kesarat, Chanathip Songkrasin.

Pengadil: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman)

, , ,