Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO PENUH Aksi Final Piala Malaysia 2014

Pahang Juara Piala Malaysia 2014Ada kelas! Itu rumusan untuk aksi final Piala Malaysia 2014 antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada malam Sabtu.

Terus terang saya katakan, rugi kepada mereka yang tidak berkesempatan ke stadium kerana suasananya begitu luar biasa dan saya pasti sukar untuk merasainya lagi.

Ia mengingatkan saya kepada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia menentang Indonesia apabila gempita sorakan penyokong membangkitkan satu macam semangat hinggakan terlupa seketika tugasan membuat liputan.

Bayangkan, gegaran stadium dapat dirasai ketika penyokong berbalas sorakan melakukan “chant” dengan lautan merah-biru dan biru kuning melimpahi stadium berkenaan.


Final Piala Malaysia 2014Sejak jam 2 petang lagi, Bukit Jalil yang kembali digunakan sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2010 mula dibanjiri penyokong walaupun sepak mula perlawanan seperti biasa 8.45 malam.

Keterujaan ini diteruskan sebaik kedua-dua pasukan turun berentap merebut mahkota kejuaraan dan pertembungan ibarat buku bertemu ruas itu ternyata benar apabila aksi 90 minit permainan berkesudahan seri dua sama.

Penonton disajikan empat gol menarik bermula jaringan Dickson Nwakaeme untuk Pahang, JDT bangkit meraih dua gol menerusi Jorge Pereyra Diaz dan penalti Luciano Figueroa sebelum Nwakaeme mengikat kedudukan walaupun kehilangan Saiful Nizam Miswan ekoran kad merah.

Kebangkitan Pahang dengan 10 pemain seolah beri petanda baik dan ia menjadi realiti dalam penentuan sepakan penalti apabila kegagalan Norshahrul Idlan talaha dimanfaatkan Hafiz Kamal sekaligus memastikan Piala Malaysia kekal di bumi Pahang.

Namun, kejayaan yang dikecapi bukan mudah seperti disangka. Mereka melalui rintangan penuh liku untuk misi kali ini.

Pasukan lain mungkin “bungkus” awal sekiranya berdepan dengan isu kelewatan gaji, bagaimanapun sebaliknya buat pemain Pahang apabila permasalahan itu langsung tidak menggugat prestasi mereka.


Presiden PBNPSikap ingin main setiap pemain membuktikan betapa mereka berjiwa besar terhadap karier masing-masing yang jelas menjadi nadi utama Pahang melengkapkan tiga koleksi kejuaraan Piala Malaysia, Piala Fa dan Piala Sumbangsih, musim ini.

VIDEO PENUH PERLAWANAN

Source 1: Standard Quality & High Quality

Source 2: HD Video 720p

, ,