Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Myanmar Nyaris Malukan Skuad Dollah Salleh

Harimau Malaya AFF 2014Malaysia boleh berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 memandang skuad negara terpaksa bermain dengan 10 pemain ketika menentang Myanmar dalam perlawanan pembukaan kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2014.

Harimau Malaya yang turun dengan misi besar di Stadium Jalan Besar, Singapura tersentak dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad kuning kedua terhadap pemain negara, Gary Steven Robbat di separuh masa pertama, sekaligus memaksa pemain itu meninggalkan padang.

Pun, begitu ia langsung tidak mengubah corak permainan anak buah Dollah Salleh yang terus positif dalam memburu gol.

Bagaimanapun, permainan yang dipamerkan kedua-dua pasukan jelas semakin lama semakin membosankan kerana kurang gerakan merbahaya yang dilancarkan.


Antara peluang terbaik yang dimiliki Harimau Malaya adalah ketika rembatan Mahali Jasuli dalam mengambil sepakan percuma yang ditepis penjaga gol lawan di penghujung separuh masa pertama.

Ada juga gerakan baik daripada Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha yang menghasilkan peluang untuk melakukan kejutan, namun tiada penyudah yang baik.

Malaysia sepatutnya mendapat 2 penalti tetapi keputusan pengadil tidak memihak kepada pasukan negara.

Kemunculan Shukor Adan juga nampak sedikit tenggelam mungkin akibat keletihan dan tidak sampai 90 minit perlawnaan pemain itu digantikan oleh Baddrol Bakhtiar.

Di penghujung perlawanan, Mahali Jasuli mencuri tumpuan dengan menggelecek tiga pemain Myanmar sebelum melakukan lambungan yang nyaris-nyaris menewaskan penja gol lawan.


Myanmar yang mempunyai kelebihan dari segi pemain, malah dilihat bermula agak baik di awal permainan, juga tetap gagal mencari gol. Permainan mereka sedikit tenggelam selepas pertahanan negara mengekalkan disiplin masing-masing.

Perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar yang dijadualkan pada pukul 5.00 petang terpaksa ditunda pada jam 6.00 petangĀ  akibat hujang. Keadaan stadium yang basah sedikit sebanyak merencatkan permainan kedua-dua pasukan.

Highlight 1

Highlight 2

, , ,