Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Safiq Mungkin Terlepas Aksi Piala AFF, Shukor Kapten Skuad Harimau Malaya

FAM/DOLLAH SALLEHPETALING JAYA: Pemain kebangsaan Shukor Adan mungkin diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan Harimau Malaya pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 pada 23 November di Singapura.

Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beliau tidak menolak kemungkinan memilih Shukor sebagai kapten pasukan berikutan Safiq Rahim yang lazimnya memikul tanggungjawab itu, dijangka tidak dapat sertai pasukan berikutan masalah kecederaan pada ligamen lutut kanan.

Dollah berkata pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Syria, Shukor akan menggalas tanggungjawab itu pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

“Mungkin beliau (Shukor) akan jadi kapten pasukan untuk Piala AFF tahun ini. Kesebelasan utama yang akan diturunkan menentang Syria juga mungkin pemain pilihan utama bagi saingan Piala AFF Suzuki nanti,” katanya.

Dollah berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Isnin.

Sementara itu, Shukor berkata setelah enam tahun tidak beraksi dalam skuad kebangsaan, beliau sangat teruja dipanggil semula serta menyahut cabaran itu untuk membuktikan kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan.


“Satu penghargaan dipanggil semula dalam skuad negara selepas enam tahun lalu, saya harus membalas jasa dan budi jurulatih (Dollah). Walaupun mungkin ada pertikai tentang usia saya namun saya ambil itu sebagai cabaran.

Bagi saya skuad kali ini mereka pernah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010, jadi bagi saya mereka senior saya dan berpengalaman dari saya,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

Mengulas perlawanan antarabangsa menentang Syria malam ini dan Vietnam pada Ahad ini, Shukor berkata kedua-dua perlawanan itu penting untuk mendapatkan keserasian pemain sebelum beraksi pada Piala AFF Suzuki di Singapura nanti.

“Kami dapat dikumpulkan seminggu, jadi pada perlawanan Syria dan Vietnam nanti pasukan perlu menunjukkan perlawanan sebenar dan yang paling penting untuk mendapatkan keserasian sepasukan,” katanya.

Kali terakhir Shukor menyarung jersi Harimau Malaya ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di bawah kendalian jurulatih B. Sathiananthan.

Sementara itu, Pemain kebangsaan, Safiq Rahim mungkin terlepas peluang beraksi di Piala Suzuki AFF 2014 berikutan kecederaan lutut kanan.

Kejohanan bola sepak tahunan itu akan bermula pada 23 November ini di Singapura.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata keadaan Safiq itu akan diketahui, hari ini selepas pihaknya menerima keputusan pemeriksaan fisioterapi terhadap lutut pemain itu.

“Saya difahamkan Shafiq mengalami kecederaan ligamen di bahagian lututnya.

“Jika dilihat daripada aspek prestasi, Safiq mungkin tidak dapat beraksi pada Piala AFF nanti,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.


Dollah berkata sekiranya skuad kebangsaan tidak dapat menggunakan khidmat Safiq beliau masih mempunyai pilihan pemain lain seperti Baddrol Baktiar, Mohd Badhri Radzi, Md Hafiz Kamal termasuk Shukor Adan bagi posisi pertahanan. “Safiq mempunyai pengalaman dalam membawa kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010.

Saksikan perlawanan bolasepak secara streaming di http://www.bptvstream.com

Beliau juga pakar dalam sepakan percuma, saya hilang kelebihan beliau di situ,” katanya. Safiq dan seorang lagi pemain kebangsaan R Gopinathan yang turut mengalami bengkak pada bahagian lutut juga tidak dapat beraksi pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Syria, hari ini.

Malaysia berdepan laluan sukar pada Piala AFF Suzuki apabila diundi bersama juara bertahan, Singapura dan juara tiga kali Thailand serta Myanmar dalam kumpulan B. Beliau juga tidak menolak kemungkinan Shukor akan menjadi kapten pasukan pada Piala AFF Suzuki nanti.

Sidang media perlawanan antara Malaysia dan Syria

Dollah berkata pemain perlu menunjukkan keserasian dan komitmen mereka dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa iaitu Syria dan Vietnam di Vietnam di Stadium My Dinh, Ahad ini. “Setakat ini saya masih tidak puas hati dengan persiapan mereka, tetapi saya faham berikutan beberapa perlawanan dalam saingan Piala Malaysia yang terlalu panjang, pemain sudah mula rasa letih. “Saya percaya pemain akan membuktikan sesuatu ketika perlawanan menentang Syria nanti. Pemain tetap memberikan komitmen mereka 100 peratus dalam latihan.

“Saya mengharapkan kemenangan dan corak permainan lebih meyakinkan untuk menghadapi Piala AFF Suzuki tidak lama lagi,” katanya.Sementara itu, ketua jurulatih Syria, Muhannad Al Fakeer Yassin berkata pasukan Malaysia mempamerkan permainan pantas dalam beberapa perlawanan persahabatan menentang Indonesia, Kemboja dan Filipina.

“Malaysia memiliki pemain yang bagus terutama di bahagian tengah dan penyerang, saya pasti malam ini adalah perlawanan mencabar antara Malaysia-Syria. Saya berharap pemain akan mempersembahkan permainan yang menarik,” katanya.

, , ,