Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

‘Kami buktikan mampu saingi Thailand’

Harimau Malaya kalahSINGAPURA – Kalah tetap kalah, namun dari aspek permainan Harimau Malaya sebenarnya tidaklah terlalu ketinggalan dengan Thailand.

Kem Harimau Malaya pasti tidak dapat tidur lena malam tadi setelah menempuh pe­ngalaman pahit apabila mendahului dua kali hanya untuk tewas 2-3 kepada Thailand yang memperoleh gol kemenangan pada minit ke-88 menerusi Adisak Kraisorn.

Menurut ketua pasukan Shukor Adan, mereka telah membuktikan bahawa cakap-cakap peminat yang mengatakan Harimau Malaya tidak mampu menyaingi skuad Gajah Putih adalah meleset sama sekali.


“Sebelum perlawanan ini, ramai mengatakan kami tidak mampu untuk menyaingi atau bakal kalah mudah dengan Thailand.

“Tetapi kami membuktikan anggapan mereka salah dan kami sebenarnya berada sama tahap dengan mereka, cuma mereka ada satu atau dua pemain yang luar biasa.

“Kekalahan ini memang menge­cewakan kami, namun perkara sudah berlaku. Kami mesti melupa­kan kekalahan malam ini dan fokus kepada perlawanan seterus­nya,” katanya selepas perlawanan semalam.

Sementara itu, Mohd. Amri Yahyah yang merupakan penjaring pertama pada perlawanan semalam berazam akan melakukan segala-galanya ketika bertemu Singapura.

Pemain berusia 36 tahun itu berasakan tuah tidak bersama mereka dalam perlawanan itu, selain kelekaan di saat akhir menghukum skuad negara.


“Memang saya rasa amat kecewa kerana tidak menang pada malam ini setelah mendahului dua kali.

“Kelekaan di minit terakhir permainan membunuh harapan kami untuk mendapatkan sekurang-kurangnya keputusan seri.

“Harap kami tidak mengulangi kesilapan yang serupa semasa bertemu Singapura nanti,” katanya, yang hampir mendapat satu lagi gol apabila bola percubaannya dari garisan tengah padang hanya mengenai palang setelah menewaskan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Dollah Salleh tidak mahu mengetepikan peluang anak buahnya untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014.

Sebaliknya, beliau yakin mereka akan layak ke separuh akhir dengan mengalahkan juara bertahan, Singapura pada pertemuan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional di sini, Sabtu ini.

Malaysia, yang seri tanpa jaringan dengan Myanmar dan kalah 3-2 kepada Thailand malam ini, tidak mempunyai pilihan kecuali menang ke atas Singapura untuk mara ke separuh akhir.

“Perjuangan kami masih belum selesai kerana masih ada satu perlawanan…sekiranya pemain menampilkan prestasi yang sama seperti malam ini, insya-Allah kita tidak mempunyai masalah untukl mengesahkan slot separuh akhir,” kata Dollah selepas perlawanan itu.

, , ,