Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Pemain bola sepak di India meninggal dunia cedera tulang belakang

20okt_peter.transformedNEW DELHI: Seorang pemain bola sepak muda meninggal dunia di bahagian timur laut India selepas tercedera tulang belakang ketika menyambut gol dijaringkan olehnya, menurut laporan akhbar, hari ini.

Peter Biaksangzuala, 23, terjatuh ke belakang atas kepalanya selepas dia membuat gelagat tunggang terbalik beberapa kali sebaik menjaringkan gol untuk pasukannya dalam satu perlawanan tempatan di bandar Khawzawl berdekatan sempadan Myanmar, Selasa lalu, menurut Times of India.


Ketika dia terlantar kesakitan, rakan sepasukan melonjak ke atasnya untuk menyambut bersama gol itu sebelum menyedari kecederaan teruk pemain itu.

Mereka kemudian bergegas mengusung dan mengejarkan rakan mereka itu ke hospital.

Biaksangzuala meninggal dunia, semalam selepas keadaannya bertambah teruk ketika doktor berusaha membetulkan tulang belakang yang tercedera itu.


Lal Hmar, seorang pegawai bola sepak di wilayah Mizoram memberitahu wartawan di ibu kota Aizawl bahawa pemain muda itu mendermakan matanya sebelum dia meninggal dunia.

“Peter pemain berbakat yang menyimpan harapan besar mahu beraksi dalam liga kebangsaan satu hari nanti,” kata Hmar. – AP

,