Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Retro Bola: Thailand v Malaysia – Sukan SEA 1985

malaysia 1984Tarikh: 8 Disember 1985
Score: 1-1 Piyapong Pue-on 27′ (THAI) Dollah Salleh 76′ (MAS)
Venue: Suphachalasai Stadium in the National Sport Complex, Bangkok, Thailand. Attendance: 30.000

Perlawanan peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA ke 13 di Bangkok Thailand. Malaysia diletakkan di kumpulan B bersama Thailand dan Filipina. Acara bolasepak ini berlangsung dari 8 Disember sehingga 18 Disember 1985.


Malaysia berjaya layak ke pusingan separuh akhir setelah layak sebagai naib johan kumpulan tetapi tewas kepada Singapura dan gagal ke perlawanan akhir. Malaysia tewas dengan penentuan sepakan penalti setelah keputusan terikat 2-2 hasil jaringan Zainal Abidin Hassan Khan Hung Meng. Salim Mahmud gagal menjaringkan gol pada sepakan penalti terakhir.

Malaysia bagaimanapun berjaya mendapat tempat ketiga setelah memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga menewaskan Indonesia dengan hasil jaringan kemenangan tunggal dari Lim Teong Kim.’

 

Antara pemain Malaysia ketika ini ialah Dollah Salleh, Nasir Yusoff, Zainal Abidin Hassan, Khan Hung Meng, Kamaruddin Ahmad, Salim Mahmud, Lim Teong Kim, Azmi Mahmud dan Sarbegeth Singh.

Jom saksikan jaringan gol perlawanan ini.

, , , ,