Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Retro Bola: Malaysia vs South Korea – WCQ1986

Tarikh: 10 March 1985
Score: 1- 0 , Dollah Salleh 49′ (MAS)
Venue: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Attendance: 36,738
Referee: Samuel Chan Yam-Ming (Hong Kong)

Ini ialah kemenangan terakhir Malaysia ke atas Korea Selatan untuk perlawanan antarabangsa!

Edisi kelayakan kali ini merupakan peluang paling hampir untuk Malaysia layak ke Piala Dunia 1986 yang akan berlangsung di Mexico.




Skuad Malaysia untuk kelayakan Piala Dunia ini ialah skuad olimpik 1984 yang diketuai oleh Ahmad Yusof dan jurulatih mereka yang bijak iaitu Frank Lord. Pasukan ini berjaya melangkah hingga ke pusingan ke 3 kelayakan olimpik sebelum disingkirkan Kuwait.

Baca: Retro Bola: Malaysia v india – Pra Olimpik 1984

Skuad ini dikekalkan menjelang kelayakan Piala Dunia 1986 yang berlangsung secara round robin.

Segalanya nampak berjalan lancar ketika Malaysia kendalian Frank Lord menundukan Korea Selatan 1-0 dalam aksi pembukaan hasil jaringan Dollah Salleh pada min ke 49 secara turning dan merembat ke pintu gol sebelah kiri korea di stadium Merdeka pada 10 March 1985 itu. Perlawanan itu diadili oleh Samuel Chan Yam-Ming (HKG) dan disaksikan oleh 36,738 orang penonton.





Malaysia sepatutnya memenangi perlawanan ini dengan 2-0 namun percubaan dari Zainal Abidin sedikit tersasar terkena tiang gol.

BACA: Malaysia hampir Ke Piala dunia 1986



Barisan Malaysia

[1] Ali Arumugan , [2] Ibrahim Saad, [3] Serbegeth Singh, [4] Mohamed Noor Yassin, [6] Abdul Nasir Yusoff , [14] Ismail Fadzil, [13] Ahmed Yusuf Ali , [16] Wong Hung Nung , [17] Zainal Abidin Hassan , [7] Dollah Salleh, [8] Lim Teong Kim Substitutions:39′ in [11] Ahmed Alid out Fadzil Ismail (Yunus Aliff, Khan Hung Meng)

Barisan Korea

[21] Yeon-Kyo Oh, [2] Kyung-Hoon Park, [3] Jong-Soo Chung, [4] Yong-Hwan Chung, [6] Tae-Ho Lee, [7] Byung-Joo Byun, [8] Jung-Moo Huh(c), [9] Soon-Ho Choi, [10] Sung-Ho Kwak, [15] Byung-Ok Yoo, [16] Jin-Han Choi in [21] Seok-Won Kim out Soon-Ho Choi, in [19] Gwang-Ji Choi out Sung-Ho Kwak

Jom saksikan jaringan gol oleh Dollah Salleh dan percubaan menarik dari Zainal Abidin Hassan.



, ,