Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Retro Bola: Malaysia vs Czechoslovakia XI – Pestabola Merdeka 1986

malaysiaRepChez1986 Sigma Olomouc from Czech Rep

Sarbegeth Singh sedang berebut bola dengan pemain Czechoslovakia XI, (Sigma Olomouc)

Tarikh: 3 Ogos 1986
Score: 3- 0  (Wong Hung Nung 28′ (pen.), Zainal Abidin Hassan 47′, Dollah Salleh 70′ )
Venue: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Referee: Jassim Mandi (Bahrain)


Malaysia berjaya menjuarai Pestabola Merdeka untuk kali ke9. Kejohanan ini berlangsung dari tarikh 22 Julai hingga 03 Ogos 1986 dengan 10 pasukan yang mengambil bahagian.

Malaysia layak ke separuh akhir sebagai Juara kumpulan A bersama India sebagai naib juara. Czechoslovakia yang diwakili kelab divisyen satu mereka, Sigma Olomouc pula layak sebagai juara kumpulan B bersama Jepun sebagai naib juara.


10169448_657540044283279_2436636070609230365_nMalaysia berjaya menewaskan Jepun hasil jaringan Dollah Salleh pada min 119′ iaitu masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 hasil jaringan Zainal Abidin Hassan min 56′. Jika pada 1985 pasukan Malaysia memenangi perlawanan terakhirnya ke atas Korea Selatan, kejohanan ini pula menyaksikan kemenangan terakhir Malaysia ke atas pasukan bolasepak Jepun! Jom saksikan highlight gol kemenangan Malaysia!

, , , ,