Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Cavani Terima Kad Merah Pamer Aksi Sedang Menembak

CAVANI GUN BAZOOKAPENAKAPenyerang pasukan Paris St Germain (PSG), Edinson Cavani menerima kad merah ekoran mempamerkan aksi seperti sedang menembak selepas berjaya menjaringkan gol ketiga bagi memberi kemenangan kepada kelabnya ketika menentang RC Lens di Stade de France, semalam.


Penyokong, pemain, pegawai dan presiden PSG yang terkejut kemudiannya bertindak mengkritik tindakan yang dilakukan oleh pengadil perlawanan, Nicolas Rainville.

Menurut presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, hukuman terhadap tindakan Cavani itu adalah keputusan yang tidak baik untuk bola sepak Perancis.


Tambah beliau, Cavani tidak sepatutnya dilayangkan kad merah memandangkan dia tidak mendapat kad kuning sebelum itu dan aksi tersebut juga sering dilakukan ketika dia menjaringkan gol.

Setakat ini, PSG berada di kedudukan kedua carta liga di belakang Olympique de Marseille dengan memiliki 18 mata daripada 10 perlawanan.

, ,