VIDEO Skuad B16 Negara Selangkah Untuk ke Piala Dunia B17 Di Chile

pix_gal1 (3)

NAJMUDDIN (kiri) menjaringkan dua gol ketika menentang Oman.

Kuala Lumpur: Skuad bawah 16 tahun negara hanya selangkah untuk melakar sejarah ke pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 tahun selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala AFC, malam tadi.

Kemenangan 2-1 mengatasi Oman memastikan kemaraan Malaysia selaku naib juara Kumpulan A dengan mengumpul enam mata bagi mengiringi Korea Selatan yang gah mengumpul sembilan mata selepas turut menewaskan Thailand 2-0 di Stadium Muangthong dalam perlawanan yang dilangsungkan serentak.


Hanya Australia kini menjadi penghalang skuad negara kendalian S Balachandran melangkah ke separuh akhir dan memastikan tiket ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada kejohanan yang berlangsung di Chile tahun depan.

mas_omn_afcu16s14_300x200Australia muncul juara Kumpulan B dan dijadual menentang Malaysia pada suku akhir di Stadium Muangthong Ahad nanti.

Muhammad Najmuddin Samat muncul wira negara apabila meledak dua gol pada babak kedua perlawanan selepas buntu memecahkan gawang lawan 45 minit pertama pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala itu.


Like FACEBOOK untuk highlights terkini

Comments

comments

, ,