Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

GAMBAR Polis Gempur Penyeludup Senjata Api Atas Kapal Mewah

10290668_920354374658555_1966224782666308490_nALOR SETAR – Seorang lelaki warganegara Afrika Selatan dan seorang wanita dari Thailand ditahan di atas sebuah kapal mewah di Jeti Kuah, Langkawi, Khamis lalu kerana dipercayai memiliki senjata api.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, turut dirampas tujuh laras rifle Benelli Agro buatan Itali dan sejumlah peluru pelbagai jenis di dalam kapal tersebut.

“Kita menahan suspek yang berumur sekitar 30-an dan 40-an pada tengah hari. Hasil pemeriksaan mendapati pemilik kapal mewah warga Afrika Selatan itu tidak mempunyai dokumen pengesahan untuk menyimpan senjata itu,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, polis percaya kapal mewah milik persendirian itu dijadikan sebagai transit oleh kapal lain untuk menyimpan senjata api terbabit.

10612679_10152478055029998_8982321638410337940_n 10676192_10152478054889998_9179022557448185788_n 10686759_10152478055109998_1746623349917434399_nAhmad berkata, suspek direman selama seminggu sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Pada sidang media sama, Ahmad berkata, Unit Narkotik IPK Kedah telah menahan dua lelaki di Sungai Petani kerana dipercayai memiliki dadah.

“Suspek sedang dalam proses menjual dadah di kawasan letak kereta, hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, polis menemui 10 ketul ganja seberat 9.8 kg, 15 paket heroin (4.6 kg) dan dua paket syabu seberat setengah kilogram yang dianggarkan bernilai RM150,000,” katanya.

Menurutnya, salah seorang suspek didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman sehingga Khamis,” katanya.

,