Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dollah mungkin gugurkan Safee bertemu Indonesia

imageResizeJurulatih skuad Harimau Malaya Dollah Salleh risau kecederaan pemain utama dalam saingan kompetitif Piala Malaysia memberi kesan kepada persiapan suntuk skuad negara menjelang saingan Piala AFF Suzuki November ini.

Ketika sedang giat memantau prestasi pemain dalam saingan Piala Malaysia, Dollah akui dia tidak terlepas daripada merasa risau andai ada kecederaan serius melibatkan pemain utama kebangsaan ketika saingan Piala AFF semakin hampir.

Memandangkan kecederaan pemain negara ketika saingan begitu hampir bukan perkara luar biasa, Dollah perlu memikirkan perancangan kedua andai sebarang situasi tidak di ingini berlaku.

Terbaru kecederaan melibatkan penyerang negara Safee Sali membuatkan Dollah terpaksa menolak risiko untuk menyenaraikan Safee bagi aksi persahabatan kedua bertemu Indonesia 14 September depan.

Bagaimanapun, Safee berkata dalam ruangan Instragram miliknya, “Alhamdullilah, itulah kata yang mula-mula terucap bila dengar kecederaan yang dialami tidak terlalu serius. Hanya tendon di bahagian hamstring sedikit ‘overstreched’… Terima kasih kepada semua yang amat prihatin”.

Safee mengalami kecederaan lutut ketika beraksi untuk Johor Darul Takzim dalam saingan Piala Malaysia menentang Kelantan baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Dollah tetap menyahut cabaran badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mensasarkan aksi final Piala AFF, walaupun menyedari persediaan Malaysia di anggap terlambat ketika negara jiran yang lain sudah membuat persediaan sejak tahun lalu.

Skuad kebangsaan juga berdepan cabaran perlawanan persahabatan bagi persiapan menjelang Piala AFF yang bermula 22 November ini.

Selepas Tajikistan awal ogos lalu, Harimau Malaya seterusnya bertemu Indonesia yang menggantikan Singapura bagi aksi September ini selepas pasukan seberang tambak itu diundi dalam kumpulan sama pada saingan itu nanti.

, ,