Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Piala Dunia: Jurulatih Nigeria Bekas Pemain Perlis 1997-98

keshi6JURULATIH skuad Piala Dunia Nigeria, Stephen Keshi pernah mewakili pasukan Perlis dalam Liga Malaysia pada tahun 1997 hingga 1998 sebagai pemain pertahanan.

Keshi yang memimpin Nigeria dalam kumpulan F ketika ini berjaya mengutip satu kemenangan ke atas Bosnia Herzegovina selepas seri 0-0 semasa menentang Iran dalam perlawanan pertama.

keshi2

Keshi (kanan)cuba menghalang penyerang Selangor, Christopher Kiwomya daripada menjaringkan gol dalam saingan Piala Malaysia semasa mewakili Perlis.

keshi

Keshi (kiri) ketika mewakili Perlis cuba mengekang pemain Kedah dalam Mohd Nidzam Adzha dalam saingan Liga Malaysia.

keshi5

Keshi (bertopi) berbincang sesuatu dengan John Obi Mikel dalam latihan Piala Dunia.

Ketika mewakili Perlis, Keshi yang berusia 52 tahun kini melakukan 34 penampilan dengan menjaringkan 4 gol.

Perlis juga merupakan pasukan terakhir yang diwakilinya sebelum bergelar jurulatih.

keshi3

Keshi (tengah) disambut penyokong bola sepak Perlis ketika berjaya membawa pasukan itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

keshi4

Keshi menanduk bola ketika mewakili Perlis dalam perlawanan bertemu Sabah.

Sepanjang kariernya yang bermula pada 1979 Keshi melakukan 386 penampilan bersama kelab dengan menghasilkan 51 gol.

Dia yang juga pemain kebangsaan Nigeria sejak 1981 hingga 1995 berjaya menjaringkan sembilan gol ketika tampil sebanyak 64 kali bagi negaranya.

Nigeria yang menghuni tangga kedua kumpulan F di belakang Argentina bakal melangkah ke pusingan kalah mati sekiranya berjaya meraih keputusan seri sekurang-kurangnya dalam perlawanan ketiga.

Nigeria bakal berdepan Argentina pada 26 Jun ini. – mStar

, ,