Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO 25 cedera penghadang stadium runtuh di Madrid

Bn7mYB2CMAA3QT9MADRID: Sekurang-kurangnya lima orang dikejarkan ke hospital manakala 20 lagi mengalami kecederaan ringan apabila penghadang di kawasan tempat duduk penyokong runtuh ketika perlawanan Osasuna menentang Real Betis di stadium Osasuna di sini, pada hari penutup musim La Liga.

Kejadian itu berlaku ketika penyokong bola sepak merempuh masuk ke dalam padang selepas Orial Riera menghadiahkan gol pembukaan untuk Osasuna.

Osasuna-railing-collapsed-190514eBeberapa penonton terpaksa dibawa dengan pengusung dengan pemain turut sama membantu mengangkat mangsa untuk rawatan kecemasan.

Perlawanan itu terpaksa digantung selama 35 minit bagi memastikan kawasan padang selamat.

“Lima orang dikejarkan ke hospital berikutan mengalami lebam dan beberapa kecederaan. Seramai 20 lagi penyokong diberikan rawatan sampingan berikutan mengalami kecederaan ringan,” kata Osasuna menerusi akaun Twitter mereka. – AFP

, ,