Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anggota Rolling Stone jual lukisan isteri dalam keadaan bogel

Ronnie-Wood-(L)-British-rock-bandLONDON – Seorang anggota band Rolling Stone, Ronnie Wood menjual lukisan isterinya yang berada dalam keadaan bogel, lapor portal berita Belfast Telegraph.co.uk semalam.

Wood yang berusia 66 tahun menawarkan jualan lukisan yang menunjukkan isterinya, Sally Humphreys berumur 36 tahun dalam keadaan bogel itu kepada Istana Galeri Seni Halus di Mayfair, London.

Dia menjual lukisan itu pada harga £200,000 (RM1.08 juta) untuk koleksi peribadinya yang unik.

article-0-1DA52F4C00000578-893_634x838

Lukisan Sally Humphreys

Terdapat beberapa buah lukisan miliknya yang berharga antara £10,000 (RM54,401) hingga £50,000 (RM272,008) yang dipamerkan di galeri tersebut.

Wood memberitahu, isterinya yang hidup bersamanya sejak dua tahun lalu itu merupakan seorang model yang hebat. – AGENSI

, ,