Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

UCL: Man Utd ikat Bayern Munich di Old Trafford

MANCHESTER: Manchester United yang dirundung masalah prestasi berjaya mengikat juara bertahan Bayern Munich 1-1 dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, di Old Trafford, awal pagi tadi.

Nemanja Vidic membawa United di depan menerusi tandukannya pada minit ke-58, namun juara Jerman itu menyamakan kedudukan pada minit ke-67 menerusi Bastilan Schweinsteiger.

Namun nasib malang menimpa Schweinsteiger apabila pemain tengah Bayern itu dilayangkan kad merah pada minit terakhir permainan selepas memungut kad kuning kedua kerana menjatuhkan Wyane Rooney.

United bakal berdepan saingan sengit pada perlawanan kedua Rabu depan.

H

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini

, , ,