Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Safee Sali kecewa gagal sempurnakan penalti

Safee Sali kecewa kerana dia gagal menyempurnakan sepakan penalti yang boleh menghadiahkan kemenangan untuk Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Filipina.

10251930_771115939573071_93215675710576303_nDalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Cebu, Safee masuk menggantikan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit ke-88. Dua minit kemudian, dia memiliki peluang terbaik untuk menjadi wira namun sepakan penaltinya berjaya ditepis keluar penjaga gol tuan rumah Patrick Deyto.

Dalam laporan Harian Metro hari ini, Safee berkata dia kecewa kerana itu adalah peluang terbaiknya untuk memberikan Harimau Malaya kemenangan.

“Saya kecewa. Tidak ada sesiapa yang mengarahkan saya untuk mengambil sepakan itu sebaliknya itu keputusan saya sendiri. Saya yakin dapat menyempurnakan sepakan itu tapi sebaliknya yang terjadi,” katanya kepada akhbar harian tempatan itu.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan. Namun, beraksi di depan 10,000 penyokong sendiri, ia memberi sedikit suntikan kepada Filipina untuk menguasai perlawanan terutamanya di separuh masa pertama.

Dalam pada itu, Datuk Ong Kim Swee turut menegaskan tiada siapa yang harus dipersalahkan diatas keputusan seri tersebut, kerana beliau menganggap pemain-pemainnya beraksi dibawah arahannya. – SA

, ,