Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mutu pengadilan Sukri memuaskan

UntitledShah Alam: Biarpun mutu pengadilan Sukri Abdul Rahman dianggap teruk ketika aksi Liga Perdana antara Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan UiTM FC di Stadium Pasir Gudang, Sabtu lalu, penilai pengadil perlawanan memberikannya lebih daripada tujuh markah.

Ini bermakna prestasi Sukri pada malam perlawanan itu berada pada skala sekurang-kurangnya 7.0 markah, iaitu memuaskan.

Baca: FAM akan laksana sistem pengadil tambahan

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Astaman Abdul Aziz, berkata penilaian yang dibuat penilai pengadil perlawanan terhadap Sukri itu sememangnya telus tanpa mengira beliau pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atau sebaliknya.

“Dari segi laporan penilai pengadil, pengendalian Sukri dalam perlawanan itu dilihat tiada masalah dan memuaskan. – BH

, ,