Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Liverpool benam Man. City, Kekal pendahulu liga

Liverpool-v-Manchester-City--Premier-League-3409568LIVERPOOL memanafaatkan tiga kesilapan yang dilakukan oleh kapten Manchester City, Vincent Kompany untuk melebarkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan pasukan lawan 3-2 di Anfield, malam Ahad.

Pasukan kendalian pengurus Brendan Rodgers itu kini berkelebihan lima mata di hadapan Chelsea yang menentang Swansea pada perlawanan berasingan, malam Ahad.

City kini ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool dan menduduki tempat ketiga.
Sekarang hanya tinggal empat perlawanan saja lagi untuk menentukan juara Liga Perdana Inggeris untuk musim ini tetapi City masih ada kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Philippe Coutinho melengkapkan kemenangan ke-10 berturut-turut Liverpool ketika perlawanan berbaki 12 minit selepas City bangkit ketikaketinggalan 2-0 untuk meletakkan kedudukan 2-2.

Jaringan Raheem Sterling dan Martin Skrtel pada babak pertama meletakkan Liverpool di depan dengan 2-0.

City bangkit menerusi jaringan David Silva pada minit ke-57 dan gol sendiri yang dijaringkan oleh Glen Johnson pada minit ke-62.

Liverpool-v-Manchester-City-3409104 Liverpool-v-Manchester-City--Premier-League-3409002 Liverpool-v-Manchester-City-3408951 Liverpool-v-Manchester-City-3408952 Liverpool-v-Manchester-City-3408837Namun Coutinho melengkapkan gol kemenangan Liverpool pada minit ke-78 selepas memanfaatkan kesilapan yang dilakukan Kompany.

Liverpool terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Jordan Henderson dilayangkan kad merah kerana mengasari Samir Nasir pada minit ke-90.

Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan bertafakur bagi memperingati ulang tahun ke-25 tragedi Hillsborough apabila 96 penyokong Liverpool terbunuh pada separuh akhir Piala FA menentang Nottingham Forest.

chelseacelebvswans20140413_640x360Sementara itu Chelsea menang tipis ke atas Swansea di gelanggang lawan. Gol tunggal Chelsea di jaringkan oleh Demba Ba pada min ke 68.

Dengan kemenangan ini, Chelsea terus mengejar Liverpool dengan perbezaan 2 mata. Namun Manchester City masih mampu mengejar Chelsea kerana masih berbaki 2 perlawanan.

Highlights – LIKE Facebook untuk highlights terkini


, , , ,