Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FAM tegur tindakan Pengurus JDT II

UntitledPengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abd Aziz kecewa dengan tindakan ‘keterlaluan’ pengurus Johor Darul Takzim II, On Jabar.

Video penuh kejadian di sini.

Pengurus tersebut telah bertindak menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman sejurus selepas tamat aksi Johor Darul Takzim II menentang UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dalam temubual bersama Harian Metro, Datuk Astaman berkata, “Walau apa punca sekali pun, beliau tidak boleh mengasari pengadil apatah lagi bertumbuk. Kita ada peraturan, jangan bertindak keterlaluan kerana kita ada saluran yang betul kalau tidak puas hati.

“Kalau tak boleh kawal perasaan, tiada semangat kesukanan dan tidak boleh hormati undang-undang lebih baik jangan terbabit dalam bola sepak!”

Rakaman video yang tersebar luas di laman social tersebut, menunjukkan On tiba-tiba menumbuk muka Sukri ketika pemain kedua-dua pasukan sedang meninggalkan padang.

Tindakan mengejut pengurus Johor Darul Takzim II itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati beliau dengan keputusan pengadil perlawanan tersebut. – SA

, , ,