Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kim Swee kekal pengendali sementara Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk mengekalkan jawatan Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali sementara skuad Harimau Malaya selepas usaha mereka untuk mendapatkan jurulatih import termasuk Philippe Troussier baru-baru ini gagal.

Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Naib Presiden FAM, Datuk Sri Subahan Kamal pada sidang media di Wisma FAM, hari ini.

Kim Swee akan mengendalikan skuad kebangsaan sehingga aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Harimau Malaya dengan Filipina pada 1 Mac depan sebelum menentang Yaman empat hari kemudian.

Sebelum ini beberapa nama jurulatih asing selain Troussier turut dikaitkan untuk menggantikan Datuk K Rajagobal, antaranya bekas pengendali AS Roma Zdenek Zeman, bekas jurulatih Liverpool Alex Miller, bekas pemain Perancis Marcel Desailly serta bekas jurulatih China dan Uzbekistan, Bob Houghton.

Rajagobal telah tamat kontrak selaku jurulatih kebangsaan pada 31 Disember lalu. – HMetro

, , ,