Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bojan Hodak bakal menggantikan Jiminez di JDT?

Biarpun JDT mula menunjukkan aksi baik, namun spekulasi mengenai bekas pengendali Kelantan, Bojan Hodak bakal menggantikan Jiminez terus bertiup kencang apabila jurulatih dari Croatia itu dilihat muncul sekali lagi di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, kelmarin.

Selepas menonton perlawanan di antara JDT II dan PBAPP dalam aksi Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, Jumaat lalu, Hodak tampil memakai baju JDT untuk menonton perlawanan pasukan itu menentang Selangor, kelmarin.

Beliau hadir bersama penganalisis bola sepak terkenal, Shebby Singh.

Johor bahru johor Fan Club – kelab penyokong rasmi Johor Darul Ta‘zim (JDT) mengakui akan menjadi kumpulan pertama yang kecewa seandainya ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez disingkirkan sebagai pengendali Harimau Selatan selepas aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Kedah di Stadium Darul Aman, malam esok.

Penolong setiausahanya, Azman Jalil, berkata adalah lebih wajar Jiminez dikekalkan kerana jurulatih itu berjaya meningkatkan prestasi pasukan pada dua aksi terakhir JDT dengan corak permainan pantas dan taktikal menarik.

Beliau berkata, Jiminez membuktikan kemampuannya apabila berjaya membantu JDT membenam Kedah 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA, Selasa lalu dan Selangor 4-1 dalam aksi Liga Super, malam kelmarin.

Hodak bersama Shebby

Hodak jadi pilihan?

“Kini timbul isu Jiminez akan digantikan dengan bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak. Saya difahamkan kemungkinan itu selepas aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Kedah di Stadium Darul Aman

“Apa pun, ia masih belum ada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

“Harapan saya dan juga penyokong JDT, biarlah Jiminez terus membimbing Harimau Selatan kerana sudah ada peningkatan yang ketara malah pemain juga mula menunjukkan keserasian dengan corak permainannya,“ katanya semalam.

, , , ,