Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Legenda Bolasepak Negara Choon Wah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan seorang lagi lagenda berpengaruh dalam arena bola sepak negara, Wong Choon Wah yang meninggal dunia awal pagi Jumaat akibat serangan jantung.

Suasana pilu menyelubungi sambutan Tahun Baharu Cina hari ini buat keluarga,rakan-rakan dan para peminat bola sepak tanah air dengan pemergian bekas pemain tengah tersohor negara itu pada usia 67 tahun.

Rakan sepasukannya, Datuk Soh Chin Aun berkata mendiang mengalami seranganjantung di kediamannya di Sri Petaling di sini dan dihantar ke Hospital KualaLumpur.

“Saya mendapat tahu Wong Choon Wah meninggal dunia daripada isteri mendiang,beliau memberitahu Wong diserang sakit jantung dan terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi tadi.

“Saya memang terkejut, sebab Wong sempat menghantar SMS kepada saya dan rakan-rakan lain iaitu mesej Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, tetapi saya hairan juga sebab SMS yang dihantar terlalu awal semalam,” katanya.

Soh berkata beliau dimaklumkan buat masa ini hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat jenazah mendiang yang kini ditempatkan sementara di tempatpersemadian Kwang Tong, Sungai Besi di sini dan dijangka dikebumikan Isnin ini.

Wong merupakan antara pemain bola sepak Malaysia yang terawal berkecimpung dalam dunia bola sepak profesional apabila menyertai Kelab China Selatan bersama Chow Chee Keong pada tahun 1972 hingga 1974.

Beliau merupakan bekas pemain utama kebangsaan yang beraksi dalam perlawananSukan Olimpik, Munich, Jerman pada 1972.

Wong merupakan bekas tonggak utama pasukan Selangor dan turut membawa kejayaan dengan menjuarai Piala Malaysia pada era 70-an dan 80-an.

Sikap tenang dan kebolehan beliau dalam mengemudi jentera tengah pasukan kebangsaan pada era 70-an dan awal 80-an sering menjadi sebutan dan pujian parajurulatih dan peminat bola sepak tempatan mahupun luar negara.-BERNAMA

, ,