Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

KLFA gagal hubungi pemain, pegawai

Persatuan tidak dapat serah surat pertuduhan rasuah dan atur perlawanan lebih awal kerana kebanyakan telefon dalam data tidak aktif

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustapha mengakui tidak dapat menyerahkan surat pertuduhan rasuah dan mengatur perlawanan kepada pemain skuad itu kerana gagal menghubungi mereka.

Nokman berkata, KLFA sudah menggunakan segala prosedur yang ada untuk menghubungi pemain bagi menyerahkan surat pertuduhan itu sebaik menerimanya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada awal bulan ini, tetapi gagal.

Enggan jawab panggilan

“Ini berikutan nombor telefon mereka yang ada dalam data kami kebanyakannya tidak lagi aktif. Yang aktif pula, ada antara mereka enggan menjawab panggilan kami.

“Jika gagal menghubungi mereka, bagaimana kami nak memberitahu mereka supaya mengambil surat pertuduhan itu di KLFA. Ini kes serius dan semua surat perlu diserahkan dengan tangan.

“Mereka juga perlu menjawabnya sebelum 11 Disember,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sebagai contoh, katanya, ketua jurulatih, Stanislav Lieskovsky dan pemain pertahanan, Fadhlullah Yunsifar memang tidak dapat dihubungi sama sekali. – BH

,