Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pelakon Dan Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Pelakon veteran dan pelawak terkenal Ahmad Busu, 60, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini Ahad akibat diserang penyakit angin ahmar.

Exco Seniman Malaysia Meary Chu Abdullah berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hospital berkenaan pada 7.05 malam.

“Mula-Mula arwah demam biasa, tapi tiba-tiba tak sedarkan diri. Allahyarham meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital berkenaan.

“Kita juga akan memberi sumbangan berbentuk wang ringgit kepada balu dan anak Allahyarham untuk pengurusan jenazahnya,” katanya ketika dihubungi Bernama Ahad malam.

Beliau berkata jenazah akan dibawa pulang di kediaman Allahyarham di Taman Seri Andalas dan dikebumi kira-kira 9 pagi Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, Klang.

Ahmad, yang berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Allahyarham, yang dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’, memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada 1978. — BERNAMA