Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemain hoki kebangsaan maut dalam kemalangan

KUALA LUMPUR: Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut selepas keretanya melanggar lori siram pokok di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi.

Beliau mati di tempat kejadian kerana kecederaan yang parah di kepala.

Beliau berusia 33 tahun.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.

Beliau mula menyertai skuad negara untuk kejohanan Sukan Komanwel di bawah kendalian Paul Lissek.

Beliau mempunyai 337 caps bersama skuad kebangsaan.

Beraksi bersama Minarwan ketika remaja

Antara kelab yang pernah diwakilinya ialah Red & White Munich HC (2002), Earns & Young /
Kuala Lumpur HC (2003-2013), Teddington HC (2005) dan Auckland HC (2008).

Kematian beliau semestinya satu kehilangan besar untuk sukan hoki negara dan sekaligus memberikan tamparan yang hebat kepada skuad kebangsaan yang akan menghadapi Piala Asia tidak lama lagi.

, ,