Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Juventus mahu Tevez turunkan berat badan

ITALI – Kelab yang baharu disertai Carlos Tevez, Juventus meminta pemain Argentina itu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya enam kilogram untuk menghadapi saingan Serie A musim ini.

Arahan tersebut hadir menerusi kakitangan kejurulatihan Juventus selepas Tevez melengkapkan perpindahan dari Manchester City bulan lalu dengan kontrak tiga tahun.

Menurut Juventus, berat badan Tevez dikesan bertambah semasa pemeriksaan kesihatan bulan lalu dan dia perlu menurunkannya untuk memenuhi permintaan jurulatih Antonio Conte yang mahu tahap kecergasan pemainnya sentiasa tinggi.

Juventus dilaporkan membayar City 10 juta pound (RM47.38 juta) untuk mendapatkan penyerang Argentina itu.

Pemain tersebut dijadual membuat penampilan pertama bersama kelab gergasi Itali dalam menerusi aksi pra-musim menentang Everton 31 Julai ini di Francisco semasa siri jelajah Amerika Syarikat.

Dalam siri jelajah tersebut Juventus turut dijadual menentang L.A Galaxy, Real Madrid, Valencia, Chelsea, Inter Milan dan AC Milan. – AGENSI

, , ,