Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Isco hampir pasti ke Real Madrid

MADRID – Real Madrid dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Malaga berhubung perpindahan perancang Sepanyol yang berusia 21 tahun, Isco.

Kelab gergasi Sepanyol itu dijangka mengemukakan harga £25.6 juta (RM126.5 juta) ke atas pemain tersebut yang menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah berikutan prestasi cemerlangnya musim ini.

“Real Madrid dan Malaga secara dasarnya telah mencapai persetujuan ke atas perpindahan pemain itu semalam (kelmarin),” kata kenyataan daripada Real.

“Dengan beberapa lagi maklumat terperinci mengenai kontrak pemain itu bakal diselesaikan, dia akan menyertai Real untuk tempoh lima musim akan datang.

“Perjanjian ini akan diumumkan secara rasmi minggu depan dengan kehadiran pemain itu dalam satu majlis pengenalan awal Julai depan.”

Isco merupakan pemain bintang sensasi Malaga dengan meledakkan tiga gol ketika membantu kelab tersebut mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dalam penampilan pertama mereka.

Pemain itu juga turut mencipta hatrik dalam aksi final yang menyaksikan Sepanyol mempertahankan gelaran Kejohanan Bawah 21 Eropah di Israel awal bulan ini.

Bekas pemain Valencia itu juga mengakui minggu lepas bahawa dia telah menerima tawaran daripada Real dan Manchester City yang mana berkemungkinan menyertai bekas jurulatihnya di Malaga, Manuel Pellegrini.

Begitupun, destinasi pilihan pemain tersebut adalah Real dan persetujuan daripada Zinedine Zidane telah menyakinkan presiden kelab tersebut, Florentino Perez untuk menjadikan perancang itu sebagai pemain pertama dibeli pada musim panas ini. – AFP

, , ,