Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sukar bagi Suarez untuk menolak tawaran Real

Penyerang Liverpool, Luis Suarez menyatakan bahawa amat sukar bagi beliau untuk menolak tawaran Madrid.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak akan bersabar dengan kritikan di England lagi.

Beliau berkata di temuduga di stesen radio Uruguay, Sport 890 bahawa kiritikan dan layanan yang teruk dari media telah membuat kesan kepada keluarganya dan ia mampu memaksanya untuk berpindah ke tempat lain.

Beliau juga telah berbincang dengan pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dan beliau tahu apa Suarez mahu.

“Saya gembira di Liverpool, saya gembira disebabkan penyokong. Saya telah membuat kesilapan, saya hanya seorang manusia biasa tetapi mereka mengata saya yang tidak patut.

“Keluarga saya terjejas dan mereka menderita. Saya tidak akan bersabar dengan media di England.”

“Saya sayangkan Liverpool, tetapi sekiranya ada tawaran untuk bermain di tempat lain… Saya rasa saya menderita seperti kanak-kanak yang dituduh bukan-bukan oleh media di England. Mereka tidak menghormati saya sebagai seorang pemain, mereka hanya menilai dari tingkah laku saya.”

Bila ditanya tentang Madrid, beliau berkata: “Saya telah berbincang dengan ejen, belum ada apa-apa yang pasti. Untuk menolak tawaran Madrid, ia amat sukar bagi saya apa lagi dengan pasukan yang mereka ada,” kata Suarez.

“Saya telah berbincang dengan pengurus dan dia tahu apa saya mahu. Dia dulu seorang pemain. Beberapa pemain memahami situasi saya.”

, ,