Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[Video] Kejutan Rolling Stone buat persembahan di kelab kecil

LOS ANGELES – Kumpulan rock legenda, Rolling Stones membuat persembahan di sebuah kelab kecil di sini kelmarin.

Persembahan itu dibuat beberapa hari sebelum mereka memulakan konsert jelajah di Pusat Staples, Los Angeles dalam minggu ini.

Band dari Britain itu membuat persembahan di kelab Echoplex yang mampu memuatkan 650 pengunjung.

Harga tiket hanya sekitar AS$20 (RM61) dan ia habis dijual dalam tempoh sejam.
Menurut laporan, Rolling

Stones menyanyikan lagu-lagu terkenal kumpulan itu termasuk You Got me Rockin’, Street
Fighting Man, Start Me Up, Brown Sugar dan Jumpin Jack Flash.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1962 itu dianggotai penyanyi utamanya, Mick Jagger, 69, Keith Richards, 69, Charlie Watts, 71, dan Ronnie Wood, 65.

Pada Oktober tahun lalu, Rolling Stones pernah membuat persembahan dengan harga tiket pada harga yang sama di hadapan 350 penonton di kelab kecil Trabendo di Paris, Perancis. – Agensi

, , ,