Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ketua ajaran sesat miliki jet persendirian

Kuala Lumpur: Lelaki dikenali sebagai Ustaz Harun atau Harun Mat Saat yang ditahan kerana mempelopori satu ajaran sesat di Kuantan, Khamis lalu sebelum ini dilaporkan hidup mewah termasuk memiliki sebuah syarikat jet persendirian, selain deretan kereta mewah seperti Nissan FairLady, Subaru Impreza, Toyota Alphard dan BMW.

Kisah penipuan lelaki berusia 47 tahun mula dilaporkan Harian Metro pada 28 Mei 2011 selepas namanya tersenarai sebagai antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Disember 2008 berhubung penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram mencecah RM200 juta.

Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi ‘panas’ ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.

Markas ajarannya yang mewah

Perbuatan itu mencurigakan beberapa pengikut, tetapi peliknya kebanyakan mereka seolah-olah boleh menerima dakwaan dan perbuatan lelaki terbabit.

Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks.

Pengikut Ustaz Harun

“Dia tanpa segan silu menyebut perkataan tidak senonoh dan beraksi ‘panas’ di depan kami walhal kelas itu dihadiri wanita dan topik yang dibincangkan tidak relevan dengan hal agama.

“Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan,” katanya.

Ustaz Harun yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu juga dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

, , ,