Adam Griffiths, pertahanan baru Selangor

Pemain pertahanan import bagi Piala AFC, Peter Chrappan sebelum ini telah didaftarkan dalam Liga Malaysia bagi menggantikan tempat Ramez Dayoub yang telah digantung seumur hidup oleh Lebanon FA.

Menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang dibuka pada 8 April, Selangor telah menguji pertahanan import dari Brazil, Sepanyol dan Australia untuk menggantikan Chrappan.

Hari ini (Sabtu), Selangor sah mengikat pemain pertahanan tengah, Adam Griffiths untuk baki saingan perlawanan liga manakala Chrappan kekal sebagai import untuk Piala AFC.

Griffiths sebelum ini beraksi bersama pasukan Liga Australia, Sydney FC bersama-sama dengan lagenda Itali, Alessandro Del Piero. Walaubagaimanpun, dia telah dilepaskan oleh pasukan tersebut bagi memberi peluang untuk muka-muka baru.

Griffiths dijangka dapat beraksi dalam masa terdekat apabila jendela perpindahan kedua ditutup pada 22 April ini.

[Foxsports]

Comments

comments

, , ,