Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

32 pengganas Kiram ditahan di tengah laut

Kota Kinabalu: Penyamaran 32 individu bersenjata api dipercayai pengganas yang cuba memasuki negara ini menggunakan bot kumpit gagal apabila kehadiran mereka berjaya dikesan pasukan keselamatan ketika berada kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, dipercayai dalam perjalanan ke Lahad Datu.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan kehadiran sebuah bot kumpit cuba memasuki perairan negara sebelum berjaya dipintas dan pemeriksaan lanjut menemui senjata api termasuk M-16, parang dan kapak selain beberapa dokumen lain.

Difahamkan, ketika ditahan semua mereka berpakaian biasa dan tidak mengenakan pakaian celoreng.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, bot kumpit itu dipercayai dari negara jiran dan cuba memasuki perairan negara sebelum ditahan pasukan keselamatan.

Menurut Hamza, ketika dihampiri, tiada sebarang pertempuran berlaku ketika pasukan keselamatan memintas mereka.

,