Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Suarez mahu bermain di Liga Juara Eropah

Suarez merupakan pemain penting dalam skuad Liverpool sejak menyertai mereka pada tahun 2011; pemain antarabangsa Uruguay itu telah menjaringkan 29 gol dalam 38 perlawanan untuk pasukan Reds musim ini.

Bayern Munich, Juventus dan Paris Saint-Germain dilaporkan minat untuk mendapatkan khidmat Suarez tetapi pengurus Liverpool Brendan Rodgers berjaya menarik hatinya setakat ini.

Suarez sendiri telah mengakui keinginan untuk kekal di Liverpool kerana terharu dengan kelab itu yang telah mempertahankannya walauapapun kontroversi yang dilaluinya.

Walaubagaimanapun, kegagalan pasukan Reds untuk melayakan diri dalam Liga Juara Juara adalah sesuatu yang mengecewakan bagi pemain yang mempunyai harapan yang tinggi itu.

“Saya gembira di Liverpool tetapi tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.” Suarez memberitahu The Sun.

“Seorang pemain akan selalu mempunyai cita-cita untuk bersaing dengan yang terbaik dalam sukan ini. Saya berada dalam pasukan yang bertaraf dunia, pasukan yang elit.

“Tetapi jika ada pasukan lain yang mempunyai peluang yang lagi baik untuk bersaing di persada antarabangsa dan akan menerima saya dengan tangan terbuka, saya rela.

“Kami harus berbincang lagi.”

Suarez dijangka akan bermain untuk Liverpool apabila menghadapi Aston Villa.

, , ,