Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Safiq tersenarai dalam AFF Best XI (Suzuki Cup 2012)

Safiq, 25 tahun, telah disenaraikan dalam pasukan terbaik Piala AFF Suzuki 2012 – diaungerahkan oleh pasukan teknikal berdasarkan aksi dalam kejohanan itu tahun lepas.

“Saya gembira dan terkejut sebab saya tak sangka telah disenaraikan. Anugerah ini akan memberi saya semangat lagi untuk meningkatkan usaha dan membuat yang terbaik.

“Matlamat saya sekarang ini adalah yang saya ingin menambah jaringan gol sebelum ni untuk kelab dan negara. Saya ingin beri satu pencapaian yang terbaik untuk pasukan Johor Darul Takzim.”

Malam Anugerah AFF itu akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 3 April dan dirancang oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah kerana ingin memberi penghargaan kepada anggota yang telah menyumbang kepada perkembangan sukan bola sepak di rantau ini.

Pemain yang dilabel sebagai ‘akitek negara’ itu juga yakin pasukan Malaysia dapat mengatasi rintangan dalam Piala Asia.

“Semua pemain menghadapi tekanan. Yang penting, kami masih dapat bekerjasama sebagai satu pasukan. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengharungi cabaran demi meringankan tekanan.

“Bagi saya, apa juga tugasan yang diberi kami akan lakukan bersama-sama. Baik ataupun buruk, kami satu pasukan dan tanggungjawab lebih ringan jika dilalui bersama-sama.”

“Insyallah tidak mustahil untuk kami memberi yang terbaik dan kemenangan dengan Yaman ini adalah satu titik permulaan bagi kami, ia adalah satu keputusan yang positif. Jadi insyallah jika kami tingkatkan lagi usaha dan kekalkan momentum, kami mempunyai peluang yang baik.

“Kami harus berfikiran positif dan matlamat utama semua dalam pasukan adalah untuk melayakkan diri ke Piala Asia nanti demi membanggakan negara.

Safiq enggan memberi komen tentang isu Datuk K. Rajagobal yang kritik prestasi pasukan selepas kekalahan 4-1 kepada Saudi Arabia hingga menyebabkan tindakan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi beliau ingin menegaskan sokongan terhadapnya.

“Sebagai pemain, kami perlukan sokongan daripada penyokong. Sokongan yang positif dapat membantu kami maju kehadapan.”

“Ya, saya akan terus sokong Coach Raja sebab dia lah banyak membantu saya, salah satu jurulatih yang banyak membantu saya untuk pegi lebih jauh hingga sekarang ini. Salah satu coach yang membantu saya daripada saya di tahap remaja hingga sekarang.

“Semua pemain bimbingannya amat menghormatinya. Saya sangat menghormatinya kerana pada saya usaha kami menghala kepada satu tujuan. Kami ingin mencapai kejayaan bersama-sama.

AFF Best XI (Suzuki Cup 2012):
Goalkeeper  : Kawin Thamsatchanan (THA)
Right Back  : Nguyen Minh Duc (VIE)
Centre Back  : Baihakki Khaizan (SIN)
Centre Back  : Panupong Wongsa (THA)
Left Back: Theerathon Bunmathan (THA)
Right Midfield : Kyi Lin (MYA)
Centre Midfield: Safiq Rahim (MAS)
Centre Midfield : Mustafic Fahrudin (SIN)
Left Midfield  : Anucha Kitpongsri (THA)
Striker   : Mohd Shahril Ishak (SIN)
Striker   : Teerasil Dangda (THA)

Highlight koleksi Gol Safiq Rahim

, ,