Real Madrid menang dalam perlawanan kontroversi

Malam bermula dengan pengecualian Wayne Rooney dari kesebelasan utama pasukan, tamat dengan kekecewaan apabila Luka Modric dan Cristiano Ronaldo membawa Real Madrid ke pusingan suku akhir.

Tetapi keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nani pada babak kedua yang menjadi persoalan.

Ketika itu, United telah mendahului dengan jaringan sendiri oleh Sergio Ramos dan mendahului 2-1 agregat, selepas seri 1-1 di Santiago Bernabeu.

Keputusan pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir menghancurkan harapan pasukan tuan rumah, dengan Rio Ferdinand menepuk tangan dengan sinis kepada keputusan itu, selepas mendahului perlawanan Jose Mourinho meraikan kemenangan, kemudian menepuk Sir Alex Ferguson sebelum kembali ke bilik persalinan sebelum wisel penamat dibunyikan.

Dengan umur 39 tahun, Giggs bukan pilihan yang tepat untuk mengawal Ronaldo namun dia telah melakukan tugas dengan baik.

Dan dia tidak terhad kepada tugas mempertahankan sahaja. Walaupun peluang untuk kedua-dua pasukan tidak banyak, Giggs tetap mendapat peluang untuk mara ke hadapan, membuat hantaran kepada Robin Van Persie yang dimana usahanya di halang oleh Sergio Ramos.

Jika Giggs cemerlang, Danny Welbeck lebih merbahaya, seperti ketika perlawanan pertama. Dia telah memberikan masalah kepada Real.

Welbeck yang telah memberikan Giggs peluang melalui hantaran lintang, peluang yang sama diberi kepada Nani, dimana Fabio Coentrao pantas memintas hantaran itu sebelum sempat Giggs menyambutnya.

Satu kekurangan dalam permainan Welbeck adalah tiada jaringan.

Usahanya di Sepanyol adalah satu daripada dua gol musim ini, dan dua kali dia membazirkan peluang.

Real juga mempunyai peluang yang sedikit untuk menembusi gawang gol United.

Gonzalo Higuain mempunyai peluang pada awal perlawanan namun selain itu hanya United bertahan.

 Highlight perlawanan di sini.

Comments

comments

, , ,