Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

David De Gea mahu tolak tawaran Barcelona

LONDON – Penjaga gawang Sepanyol, David de Gea bertekad untuk menolak tawaran menyarung jersi Barcelona kerana mahu kekal bersama Manchester United.

De Gea dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Nou Camp untuk menggantikan penjaga gol Barcelona, Victor Valdes.

“Saya tahu perkara itu sedang diperkatakan dan saya menolaknya kerana saya masih mempunyai kontrak. Saya juga selesa di United.

“Ia bukan disebabkan nama. Di Barcalona, Valdes masih lagi penjaga gol utama dan Madrid ialah bandar saya, saya berharap satu hari nanti saya akan pulang.

“Begitupun, impian saya kini untuk kekal bersama Manchester bagi tempoh yang panjang dan memenangi banyak gelaran,” kata pemain kelahiran Madrid itu.

Pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan menghadapi tekanan sejak menyertai United pada Julai 2011 namun sokongan yang diberikan pengendali skuad The Red Devils, Alex Ferguson menyuntik semangatnya, sekali gus memperoleh keyakinan untuk menghadapi kritikan.

“Ferguson lebih daripada seorang pengurus. Beliau mengawal segala-galanya dalam pasukan. Beliau juga seperti seorang bapa kepada semua pemain yang menyertai kelab ini,” katanya.

Prestasi semasa De Gea sangat menakjubkan, sekali gus dipanggil untuk menyertai skuad juara dunia dan Eropah, Sepanyol. – Agensi

, , , ,