Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anugerah AFF 2013 pada bulan April

Malam Anugerah Persatuan bola sepak ASEAN (AFF) akan diadakan pada 3 April di Pahang dan sebanyak 18 penghargaan akan diberi.

Presiden AFF dan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk memberi penghargaan kepada yang terbaik dalam bola sepak ASEAN.

“Sejak kebelakangan ini, bola sepak ASEAN telah mencungkil bakat yang baik dan meningkatkan lagi tahap permainan bola sepak rantau ini.

Perkembangan kami menerima perhatian dunia dan sudah tiba masanya untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah memberi dedikasi kepada evolusi sukan yang paling popular di dunia ini.”

Sultan Haji Ahmad Shah, pengerusi jawatankuasa anugerah, juga menegaskan bahawa usaha setiap anggota dalam sukan bola sepak ini perlu dihargai.

“Kami masih dalam perbincangan dan belum menetapkan senarai calon-calon dan pemenang lagi, ini adalah proses yang agak sukar kerana semua calon-calon telah membuat yang terbaik untuk sukan ini.

“Calon-calon yang dipilih adalah antara mereka yang paling berbakat dan memang patut dihargai. Mereka berhak digelar sebagai pemenang.”

“Dedikasi mereka kepada sukan ini adalah inspirasi bagi kami semua.

“Ini adalah masa terbaik untuk acara ini kerana bola sepak ASEAN kian meningkat. Matlamat utama kami adalah untuk memupuk dan menggalakkan lagi perkembangan bola sepak rantau ini.”

Antara anugerah yang akan diberi adalah: Pengadil AFF Terbaik (Lelaki dan Wanita), Persatuan Terbaik AFF, Pemain Terbaik AFF (Lelaki dan Wanita), Pasukan Terbaik AFF, Jurulatih Terbaik AFF (Lelaki dan Wanita) dan Pasukan Terbaik AFF.

,