Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sharnaaz tidak mahu dikaitkan lagi dengan Shila

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Pelakon Sharnaaz Ahmad sudah berpatah arang dan mahu melupakan terus kisah cintanya dengan penyanyi Shila Amzah.

Malahan pelakon drama Juvana itu juga tidak mahu lagi dikaitkan dengan keluarga bekas kekasihnya itu selepas ini.

Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

“Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala” katanya kepada Utusan Malaysia dalam nada yang tegas.

, ,