Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Nani bawa United ke suku akhir Piala FA

MANCHESTER – Nani menjaringkan satu gol dan mencipta gerakan untuk gol kedua ketika membawa Manchester United melangkah ke suku akhir Piala FA dengan menumpaskan Reading 2-1, semalam.

Pemain sayap Portugal itu hanya dibawa masuk sebagai gantian selepas Phil Jones mengalami kecederaan, namun dia melepaskan rembatan kencang pada babak kedua untuk gol pembukaan United, sebelum mencipta gerakan gol kedua dengan melakukan hantaran cantik yang disempurnakan Javier Hernandez.

United, yang masih di landasan untuk memburu tiga trofi utama musim ini kini akan berdepan pemenang antara penyandang juara, Chelsea atau Middlesbrough pada suku akhir nanti.

Anak-anak buah Alex Ferguson itu bagaimanapun cemas seketika sebelum melepasi halangan Reading selepas pasukan pelawat berjaya merapatkan kedudukan 2-1 menerusi Jobi McAnuff pada penghujung saingan.

“Saya berpuas hati dengan kualiti permainan kami, malah saya rasa kami sepatutnya boleh menghukum mereka dengan lebih teruk.

“Pada kedudukan 2-0 anda tidak sepatutnya merasa selasa. Nani berhak menjadi pemain terbaik perlawanan, sumbangannya malam ini sangat hebat dan dari awal lagi saya dapat rasakan dia akan memenangi perlawanan ini untuk kami.

“Selepas ini kami akan beraksi di tempat sendiri pada pusingan seterusnya dan kami bersedia untuk menentang sesiapa pun,” kata Ferguson, yang melakukan lapan pertukaran daripada skuad yang mengikat Real Madrid 1-1 pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu.

Sementara itu, rakan sejawat Ferguson di Reading, Brian McDermott tenang melihat mengulas mengenai persembahan keseluruhan anak-anak buahnya di Old Trafford.

“Kami datang ke Manchester United dengan memberikan satu tentangan yang baik dan kami kecewa kerana tidak pulang bersama keputusan yang berpihak kepada kami.

“Begitupun kalau melihat bagaimana pasukan ini ini melawan, secara keseluruhannya saya tidak kecewa dengan permainan yang ditunjukkan,” ujar McDermott.

Highlight perlawanan di sini.

, ,