Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Chelsea,Spurs menang, Liverpool tewas dalam Liga Europa

LONDON: Selepas tersingkir daripada Liga Juara-juara Eropah sebagai juara bertahan, Chelsea memulakan cabaran untuk memburu gelaran Liga Europa dengan kemenangan tipis ke atas Sparta Prague, pagi tadi.

Pada perlawanan yang serba tidak kena menyaksikan penyerang Fernando Torres yang baru menjaringkan satu gol dalam 13 perlawanan sekali lagi gagal menyinar apabila pemain gantian, Oscar menjaringkan gol tunggal bagi meraih kemenangan 1-0 pada perlawanan peringkat pertama pusingan kedua membabitkan 32 kelab.
“Kami perlu mencipta lebih banyak peluang dan penyerang kami akan menjaringkan lebih banyak gol. Apapun, Torres bermain dengan baik hari ini dan terima kasih kepadanya apabila pemain lain berupaya melancarkan serangan,” kata Pengurus Chelsea, Rafa Benitez.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa bekas kelab Benitez yang pernah menjulang gelaran Liga Juara-juara pada 2005.

Liverpool juara lima kali Piala Eropah tewas 2-0 kepada Zenit St Petersburg sekali gus menambah derita ketika ini selepas tercicir di tangga kesembilan saingan Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, Tottenham lega apabila menang 2-1 ke atas Lyon selepas Gareth Bale menyumbatkan dua gol menerusi sepakan percuma manakala Rodrigo Palacio menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan 2-0 Inter Milan ke atas Cluj.

Highlight di sini.

, , , ,