Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemain Felda United, Fauzi Saari parah kemalangan

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi itu, Ahmad Fauzi patah tangan kanan sementara rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya.  [UM]

, , ,