Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Polis Guatemala tahan pengasas syarikat perisian McAfee

BANDAR GUATEMALA: Pengasas syarikat perisian, John McAfee ditahan oleh polis di Guatemala hari ini kerana memasuki negara itu secara haram, beberapa jam selepas beliau mengumumkan akan mendapatkan perlindungan daripada negara Amerika Tengah itu.

Menteri Dalam Negeri Guatemala, Mauricio Lopez Bonilla, berkata McAfee ditahan polis di sebuah hotel di bandar itu selepas mendapat bantuan daripada ejen Interpol.

Bagaimanapun, maklumat lanjur berhubung penahanan itu masih belum diperolehi.

John McAfee dikehendaki kerana disabitkan dengan kes pembunuhan jirannya  di Belize. Beliau meninggalkan syarikat anti virus yang diilhamkan olehnya pada 1994.

,