Manchester United kekal di atas liga

Jaringan gol ke 15 Robin van Persie memastikan Manchester United kekal di atas kedudukan liga setelah menewaskan Sunderland 3-1.

Jaringan gol pertama Tom Cleverly di Old Trafford dan jaringan kelima Wayne Rooney dalam empat perlawanan cukup untuk mengekalkan kelebihan enam mata di hadapan Manchester City walaupun tandukan Frazier Campbell membolosi gawang pasukan tuan rumah.

Detik paling penting dalam perlawanan adalah penyertaan Namnja Vidic dalam separuh masa kedua.
Vidic telah mengalami kecederaan pada bulan Ogos 2011 dan kehilangan beliau telah menjejas prestasi benteng pertahanan Manchester United yang hanya mampu mencatatkan tiga perlawanan tanpa dibolos.

Ashley Young telah memulakan gerakan dari sayap kanan melepasi Carlos Cuellar sebelum memberi bola kepada Van Persie dan penyerang Belanda itu menyempurnakan peluang itu dengan baik.

Pasukan tuan rumah menambah satu lagi gol tiga minit kemudian apabila Cleverly mula gerakan dengan Michael Carrick sebelum melepaskan rembatan lepas Simon Mignolet untuk gol kedua.

Wayne Rooney kemudian mensia-siakan peluang keemasan dari hantaran Van Persie tetapi penyerang antarabangsa England itu bangkit kembali dalam babak kedua.

Van Persie telah menggelecek lepas Cuellar dan Bramble sebelum memeberi bola kepada Rooney yang menyepak bola masuk dengan senang.

Ferguson akhirnya menyertakan Vidic tetapi beliau gagal menghalang bekas pemain United, Campbell, dari membolosi gawang pasukannya lewat dalam perlawanan. [ES]

Comments

comments

, ,